Monday, June 22, 2009


PERUTUSAN PENGERUSI

Bismillah Hirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hitaala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya kita dipanjangkan usia dan dapat terus berkhidmat kepada semua ahli-ahli di PPK Mersing Selatan ini. Dengan kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat tahun baru 2009 dimana sama-samalah kita memajukan Pertubuhan Peladang agar dapat berjalan seiring dengan Pertubuhan Peladang yang lebih maju dan berjaya, serta menjadikan PP yang maju sebagai contoh untuk diikuti.

Saya juga dengan ini menyeru kepada ahli-ahli dapat melibatkan diri dengan PPK agar dapat bergerak lebih maju pada masa akan datang. Ahli-ahli dipersilakan datang ke pejabat PPK dari semasa kesemasa bagi mengetahui segala perkembangan dan informasi berhubung Tranformasi Pertanian terkini disamping mengeratkan tali siratulrahim sesama kita.

Saya mengharapkan agar ahli-ahli juga tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dengan menghadiri mesyuarat agung unit masing-masing bagi tahun 2009 serta dapat menambah saham bagi menunjukkan sokongan terhadap Pergerakan Pertubuhan Peladang yang kita dokong. Secara tidak langsung akan menonjolkan imej PPK kepada dunia luar.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah sudi memilih saya sebagai pemimpin tuan-tuan dan marilah sama-sama membawa PPK ini kearah yang lebih maju dengan merevolusikan pertanian adalah perniagaan. Sekian, terima kasih.

Sunday, June 21, 2009

Sekapur sireh…

Ahli PPK ‘Bayangan’ Petani…
Limau Kasturi Input Perniagaantani…
Diiktiraf Oleh LPP Negeri…
PPK Mersing Selatan Nama DiBeri…




PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MERSING SELATAN (PPK )
TELAH TERPILIH SEBAGAI SALAH SATU PERTUBUHAN PELADANG
YANG DIIKTIRAF OLEH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR
( LPPNJ ). PERTUBUHAN INI JUGA BERGERAK SEIRING SERTA CUBA BERSAING DENGAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN ( PPK )
YANG LAIN DISELURUH MALAYSIA.

PPK MERSING SELATAN TELAH DITUBUH SERTA DIDAFTARKAN
PADA 24 MAC 1977.
PPK YANG BERALAMAT DI KM 1.5 JALAN ENDAU, 86800 MERSING JOHOR INI
MEMPUNYAI KELUASAN HAMPIR 2 EKAR SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN.
PPK INI JUGA MENGENDALIKAN KAWASAN SELUAS 187,684 PADA TAHUN 2007 IAITU MELIPUTI MUKIM MERSING, TENGLU, TENGGAROH DAN MUKIN LENGGOR. IA JUGA TERLETAK DI DALAM KAWASAN PARLIMEN MERSING .
SELAIN ITU, PPK JUGA MEMPUNYAI UNIT PELADANG SEBANYAK 15 UNIT.

PPK MERSING SELATAN TERLETAK DIBAWAH SELIAAN
PERTUBUHAN PELADANG DAERAH WILAYAH JOHOR TIMUR ( PPD ).
DENGAN LAHIRNYA KEBANYAKAN PETANI DI DALAM KAWASAN MERSING, PPK INI JUGA SENTIASA KOMITED DALAM MENJADIKAN PETANI-PETANI SEBAGAI AHLI PELADANG YANG BERJAYA.
Misi

Memajukan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya meneruskan usaha mempercepatkan Transformasi sektor pertanian kepada pertanian yang lebih moden serta berorientasikan komersial.

Visi


Adalah menjadi visi dan wawasan PPK Mersing Selatan untuk menjadi satu pergerakan dan badan perniagaan yang kukuh serta menjadi pengeluar utama makanan Negara.

Objektif


Menjadikan PPK Mersing Selatan sebagai sebuah organisasi yang teguh dan sebagai institusi Peladang yang berdaya maju yang akan melahirkan satu pergerakan yang kuat bagi memberi perkhidmatan untuk tujuan meningkatkan taraf ekonomi dan sosial. Selain itu, menambah pengetahuan dan kemahiran meningkatkan hasil pendapatan, memperbaiki cara hidup
ahli-ahli serta mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan
bersatu padu.

AHLI JEMAAH PENGARAH

PPK MERSING SELATAN

EN. ROSLEE B. DAHLAN
PENGERUSI

EN. AZIZ B. SULAIMAN
AJP

EN. SADRI B. YUSOF
AJP


HJ. ABDULLAH B. IBRAHIM
AJP


EN. BAKAR B. SURIP
AJP


EN. ZAKARIA B. AWANG
AJP






EN. AHAD B. MD. DIN
AJP


Friday, June 19, 2009

ANGGOTA PPK MERSING SELATAN

EN. RIDZALUDIN B. ABD WAHID
Pengurus Besar


CIK. SITI ARBAIN BT. MUHD KUSRI
Pengurus Akaun



EN. ZAINUDIN B. TALIB
Pengurus HEK / Pemasaran



EN. OMAR B. OTHMAN
Pengurus Projek Ternakair / Usahawan




EN. ZAIFIE B. JASMUNI
Pengurus Projek Ternakan / Ladang Rakyat

EN. AZIZUL B. AHMAD
Pengurus Perniagaantani / Kredit Simpanan


PN. MARIAH BT. SAAN
Pengurus Pentadbiran




PN. ZURAIDAH BT. MOHAMAD
Kerani Projek




EN. A. GHANI B. A. RAHMAN
Pemandu Lori





BAKAR B. OMAR
Jaga PPK