Monday, June 22, 2009


PERUTUSAN PENGERUSI

Bismillah Hirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hitaala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya kita dipanjangkan usia dan dapat terus berkhidmat kepada semua ahli-ahli di PPK Mersing Selatan ini. Dengan kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat tahun baru 2009 dimana sama-samalah kita memajukan Pertubuhan Peladang agar dapat berjalan seiring dengan Pertubuhan Peladang yang lebih maju dan berjaya, serta menjadikan PP yang maju sebagai contoh untuk diikuti.

Saya juga dengan ini menyeru kepada ahli-ahli dapat melibatkan diri dengan PPK agar dapat bergerak lebih maju pada masa akan datang. Ahli-ahli dipersilakan datang ke pejabat PPK dari semasa kesemasa bagi mengetahui segala perkembangan dan informasi berhubung Tranformasi Pertanian terkini disamping mengeratkan tali siratulrahim sesama kita.

Saya mengharapkan agar ahli-ahli juga tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dengan menghadiri mesyuarat agung unit masing-masing bagi tahun 2009 serta dapat menambah saham bagi menunjukkan sokongan terhadap Pergerakan Pertubuhan Peladang yang kita dokong. Secara tidak langsung akan menonjolkan imej PPK kepada dunia luar.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah sudi memilih saya sebagai pemimpin tuan-tuan dan marilah sama-sama membawa PPK ini kearah yang lebih maju dengan merevolusikan pertanian adalah perniagaan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment