Thursday, June 18, 2009

Aktiviti PPK Mersing Selatan

Perancangan aktiviti PPK Mersing Selatan boleh dibahagikan
kepada tiga (3) bahagian iaitu Aktiviti Perniagaan / Ekonomi,
Aktiviti Sosial / Kebajikan ahli dan Aktiviti Perkhidmatan kepada ahli PPK.

Antara projek yang dijalankan oleh PPK Mersing Selatan dalam
Aktiviti Perniagaan / Ekonomi ialah Projek Ternakair iaitu ternakan udang harimau, udang putih dan ikan air tawar, Pemasaran Kelapa Sawit, Projek Ternakan Kambing dan Perniagaan Input Pertanian iaitu jualan pelbagai racun rumpai, racun serangga, makanan ikan keli dan baja tanaman. Semua aktiviti tersebut merupakan aktiviti utama di PPK Mersing selatan.







PROJEK TERNAKAN UDANG HARIMAU
Projek ini dimulakan sejak tahun 1998 dimana ianya sambungan Projek PMAK.
Setelah 5 tahun dilaksanakan, Projek ini tidak dapat diteruskan disebabkan masalah pengurusan serta teknikal iaitu projek ini diuruskan oleh seramai 28 orang ahli PPK. Justeru itu, pihak Jemaah Pengarah telah membuat keputusan supaya pengurusan projek di ambil alih Pengurusan PPK Mersing Selatan. Sehingga kini, Projek masih berjalan lancar dibawah pengurusan PPK dan penambahan kolam ternakan dimulakan pada tahun 2003 dimana keseluruhan kolam ternakan ketika itu berjumlah 12 unit.
Pada tahun 2007, aktiviti ini telah memberi isipadu sumbangan pendapatan yang memberangsangkan kepada PPK Mesing Selatan. Projek ini dijadikan pemangkin atau Projek Asas bagi PPK Mersing Selatan.





PROJEK USAHAWAN TERNAKAIR
Projek ini bermula tahun 2002 dimana 6 orang usahawan dikenalpasti bagi menjalankan
aktiviti ternakan Udang Harimau dibawah pengendalian serta pengawasan PPK. Urusan pembekalan input serta pemasaran hasil dikendalikan oleh pihak PPK. Dengan cara ini, usahawan akan mendapat maklumat serta transformasi terkini yang dikeluarkan Jabatan atau Agensi berkaitan mahupun pihak swasta melalui PPK Mersing Selatan.

1 comment:

  1. mcm mana nak beli di sana ya? ad number untuk contac tak?

    tuan boleh whtpp sye di 01116308116

    ReplyDelete