Wednesday, June 17, 2009

Baja Kelapa Sawit
Racun Padi
Palet Ikan Keli
PERNIAGAAN INPUT PERTANIAN
Perniagaan input pertanian merupakan perniagaan asas PPK. Ianya diwujudkan atas keperluan ahli PP dan juga projek-projek yang dikendalikan oleh PPK.
PPK berusaha untuk meningkatkan pejualan, diantaranya kempen-kempen yang dijalankan bersama unit-unit peladang.





PEMASARAN KELAPA SAWIT
Aktiviti ini juga merupakan antara aktiviti terpenting PPK Mersing Selatan. Aktiviti ini adalah memberi perkhidmatan kemudahan kepada ahli-ahli bagi mendapatkan kredit dengan bayaran balik secara potongan jualan buah kelapa sawit. Ketika tahun 2007, aktiviti ini telah memberi sumbangan isipadu yang amat memberangsangkan kepada Pemasaran BTS. PPK berharap agar lebih ramai lagi ahli-ahli peladang memberi sokongan dan kerjasama yang padu.





PROJEK TERNAKAN KAMBING
Aktiviti ini merupakan salah satu projek terbaru PPK Mersing Selatan. Dengan penggunaan Geran LPP sebagai modal projek sebanyak RM300,000.00 , Projek Ternakan Kambing Boer ini dimulakan pada bulan September 2007 yang bertempat
di ZPM Jemaluang iaitu lebih kurang 40 Kilometer dari PPK. Pada peringkat awal, projek ini dijalankan dengan berkonsepkan Infra Minimum atau Separa Insentif dengan jumlah ternakan dalam populasi yang masih kecil.
Namun, atas persetujuan semua Ahli Jemaah Pengarah, pada Mac 2008 projek berkenaan dipindahkan ke Kampung Sawah Datok iaitu lokasi yang amat strategik kerana jaraknya yang lebih dekat dengan PPK. Selain itu, Projek Ternakan Kambing Boer ini juga diusahakan sepenuhnya oleh PPK dan apabila berjaya akan dikembangkan kepada pengusaha yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang terpilih.




Penyampain Cenderahati...

Ucapan Sempena Pertandingan Tilawah..


Bacaan Ayat Suci Al-Quran..

Sukaneka Sempena Hari Peladang...

Aktiviti Sosial dan Kebajikan pula melibatkan Program Keagamaan di peringkat unit peladang dan Pertubuhan Peladang Kawasan serta peringkat zon dan negeri akan diadakan setiap tahun. Program gotong-royong peringkat unit dan PPK juga turut diadakan. Selain itu, PPK Mersing Selatan turut mengadakan Tabung Khairat Kematian dan Insurans, bantuan pelajaran serta dermasisiwa kepada anak ahli di PPK.

Manakala antara perkhidmatan yang diberikan kepada ahli seperti perkhidmatan pengangkutan iaitu sewaan lori, perkhidmatan selepas jualan ( follow up ), penyampaian maklumat sama ada mengenai PPK atau teknologi terkini, khidmat nasihat kepada ahli serta perkhidmatan pinjaman modal pusingan kepada ahli yang layak.








PERKHIDMATAN SEWA PENGANGKUTAN
Aktiviti ini hanya sampingan serta mengikut keperluan bahagian seperti pemasaran buah kelapa sawit, mengangkut padi ke kilang, makanan udang dan perkhidmatan sewa luar kepada ahli dan bukan ahli.

No comments:

Post a Comment